KECEMERLANGAN PERINGKAT NEGERI MELAKA! ????✨
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) atas kejayaan luar biasa merangkul gelaran:
???? JOHAN
Pertandingan Amalan Terbaik Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah.
???? PN. NORFIZA BINTI AB.LAJIS
???? PN. NORHANIZA BINTI MISRAN
Kejayaan manis ini telah dilaungkan sempena Pertandingan Amalan Terbaik, Inovasi, Apresiasi dan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026.
Anugerah ini menjadi bukti komitmen, dedikasi, dan usaha tanpa jemu barisan Guru Bimbingan dan Kaunseling kita dalam memacu pengurusan perkhidmatan yang cemerlang demi kemenjadian sahsiah dan kerjaya murid. Terima kasih atas segala sokongan daripada pentadbir, guru-guru, ibu bapa, dan seluruh warga sekolah. Semoga impak kecemerlangan ini terus berkekalan dan membawa UBK ke mercu yang lebih tinggi????????