Syukur atas pencapaian Pasukan Kor Kadet Polis TUSZA yang berjaya mendapat tempat ke-5 dari 14 buah sekolah Daerah Jasin.
Walaupun bukan nombor satu, tempat kelima tetap membuktikan bahawa setiap titis peluh tidak sia-sia.
Yang lebih penting, anak-anak kadet TUSZA telah belajar disiplin, kerjasama, ketahanan diri dan erti berjuanh sebagai satu pasukan.
Tahniah & syabas kepada semua kadet, jurulatih serta guru-guru penasihat yang telah menunjukkan semangat tinggi.
Teruskan melangkah semoga kita dapat menggapai juara di masa hadapan.